Senin, 30 Desember 2013

Sindiket Tipu Daging Kucing Dipatahkan


HUAI’AN – Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menjual daging-daging kucing di restoran dengan mendakwa ia sebagai daging arnab.

Kumpulan sindiket berkenaan yang beroperasi di seluruh China, telah beroperasi sejak setahun lalu dan bergerak dalam rangkaian pengangkutan yang hanya menghubungkan mereka dengan pelanggan sahaja.
Mereka membuat penghantaran beratus-ratus ekor daging kucing itu kepada pelanggan setiap dua atau tiga kali seminggu.

Perkara berkenaan terbongkar selepas serbuan yang dijalankan oleh pihak berkuasa di sebuah gudang, yang berjaya menemui 60 ekor kucing liar yang masih hidup manakala 30 ekor lagi telah mati dan disimpan dalam peti sejuk.

Menurut penduduk setempat, mereka telah membuat laporan kepada pihak berkuasa sejak lama dahulu, namun hanya kini tindakan diambil.

Ia merupakan insiden terbaru melibatkan penyembelihan kucing selepas pihak berkuasa sebelum ini berjaya membendung pembunuhan anjing bagi tujuan yang sama.

Januari lalu, sekumpulan aktivis berjaya menyelamatkan 600 ekor kucing putih ketika binatang tersebut dalam perjalanan untuk dibawa dengan lori ke sebuah pusat penyembelihan di Changsha.

Aktivis berkenaan berjaya menghalang lori tersebut dan menawarkan untuk membeli binatang berkenaan pada harga RM5,000.

“Amat mudah untuk mengesan sama ada binatang ini untuk dimakan atau bagi tujuan lain. Pemiliknya langsung tidak peduli sama ada binatang berkenaan sudah mati atau masih hidup.

“Kucing-kucing berkenaan telah berada dalam lori berkenaan selama beberapa hari tanpa makanan dan minuman. Baunya amat busuk sekali,’’ kata salah seorang aktivis tersebut, Xu Chexin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar