Sabtu, 28 Desember 2013

PKR gesa suspek bunuh Altantuya ditahan

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
August 30, 2013

 
 Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mendapatkan perintah tahanan reman suspek pembunuhan Altantuya Shariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dan bukan sekadar membuat rayuan, kata R Sivarasa.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu berkata, Abdul Gani sewajarnya merujuk kepada amalan guaman biasa iaitu Akta 88 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mendapatkan perintah tahanan reman sehingga keputusan rayuan seterusnya.

"Peguam Negara perlu menggunakan peruntukan sedia ada bagi mendapat perintah menahan tahanan. Hal ini penting. Kenapa tidak buat," kata ahli Parlimen Subang itu dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.


 "Sekiranya mahkamah melihat ada kecurigaan bagi menjatuhkan hukuman, suspek perlu dibebaskan dengan ikat jamin.

“Mahkamah juga perlu menahan pasport suspek bagi mengelak mereka lari ke luar negara dan supaya dapat menghadiri perbicaraan pada hari ditetapkan." – 30 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar