Minggu, 16 Februari 2014

Bieber Hentikan Konsert Ketika Azan

Justin Bieber

Tindakan bijak penyanyi popular, Justin Bieber menghentikan seketika konsertnya ketika azan berkumandang di Istanbul, Turki, baru-baru ini mendapat pujian daripada peminat-peminatnya kerana dia disifatkan sebagai seorang yang sensitif dan peka terhadap negara itu.
Sebelum ini, Bieber banyak menimbulkan masalah sepanjang konsert jelajahnya, antaranya, polis menjumpai dadah jenis marijuana dan sepucuk senjata elektrik dalam sebuah bas jelajah penyanyi itu di Stockholm, Sweden dan monyet peliharannya telah dirampas pegawai kastam Jerman setelah dia gagal menunjukkan dokumen kesihatan monyet yang diberi nama Mally itu.
Segala kontroversi yang dicetuskannya sebelum ini dikatakan merupakan salah satu daripada cara Bieber untuk menarik kembali perhatian bekas teman wanitanya iaitu penyanyi dan pelakon, Selena Gomez.
Malah, baru-baru ini, pasangan remaja itu telah dikhabarkan kembali bercinta apabila Bieber memuat naik sekeping gambarnya di akaun Instagram yang menunjukkan Gomez sedang memeluknya dari belakang. sumber


Tidak ada komentar:

Posting Komentar